{88}
AL-GHASYIYAH (kejadian yang dasyat) 1~26.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Sudahkah
datang kepada mu khabar kejadian yang dasyat ?
2.
Beberapa jiwa dihari itu, yang tunduk (terhina).
3. Yang berkerja,
yang berpenat lelah.
4. Akan
terpegang dapati yang sangat panas
5. Akan
diberi minum dari mata air yang mendidih.
6. Mereka
itu tidak akan dapat makanan melainkan dari duri.
7. Yang
tidak menggemuk kan dan tidak mengenyangkan.
8.
Beberapa jiwa dihari itu yang bersenang-senang.
9. Yang
sentosa lantaran usaha nya.
10.
Disyurga yang tinggi.
11. Yang
tidak akan mereka dengar padanya perkara yang isa-sia.
12. Yang
didalamnya ada mata air yang mengalir
13. Yang
didalamnya ada tempat-tempat peraduan yang ditinggikan.
14. Dan
piala-piala yang sedia terletak.
15. Dan
bantal-bantal sandaran yang teratur berbaris.
16. Dan
hamparan-hamparan yang terbentang.
17. Maka
tidakkah mahu mereka melihat kepada unta, bagaimana dijadikan ?
18. Dan
(melihat) kepada langit bagaimana ditinggikan ?
19. Dan
(melihat) kepada gunung-gunung, bagaimana ditegapkan.
20. Dan
(melihat) kepada bumi, bagaimana dihamparkan.
21. Maka
ingatlah, kerana engkau itu hanya seorang pengingat.
22. Bukan
engkau seorang yang berkuasa atas mereka.
23.
Tetapi siapa-siapa yang berpaling dan menolak.
24. Maka
Allah akan seksa dia dengan sebesar-besar azab.
25.
(Kerana) sesungguhnya kepada kamilah
kembali mereka.
26.
Kemudian, atas (tanggungan) kamilah perhitungan (amal) mereka.
[Pengenalan][Ringkasan]
[Previous Surah] [Next Surah]
[Pengenalan][Ringkasan]
[Previous Surah] [Next Surah]
No comments:
Post a Comment